1. Adakah saya boleh memilih sendiri PSK yang akan menerima sumbangan saya?

Jawapan :

Ya, tuan/puan boleh memilih sendiri PSK mengikut kategori yang disediakan dalam sistem My Corporate Care.

2. Adakah saya perlu berdaftar terlebih dahulu sekiranya ingin menyumbang kepada PSK?

Jawapan :

Tuan/puan perlu mendaftar maklumat berkaitan sumbangan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di laman utama Sistem My Corporate Care.

3. Adakah saya perlu mengemukakan permohonan rasmi terlebih dahulu sebelum menyalurkan sumbangan kepada PSK?

Jawapan :

Tuan/puan tidak perlu membuat permohonan rasmi terlebih dahulu sekiranya ingin menyalurkan sumbangan kepada PSK, sebaliknya boleh terus mengisi boring permohonan sumbangan secara online yang disediakan di dalam sistem My Corporate Care.

4. Bagaimana saya boleh memastikan sumbangan diterima oleh PSK yang dipilih?

Jawapan :

Sistem My Corporate Care akan menghantar notifikasi melalui emel yang didaftarkan oleh tuan/puan semasa permohonan memberi sumbangan secara online di dalam sistem yang sama.

5. Bagaimana saya boleh menyumbang kepada PSK?

Jawapan :

Tuan/puan boleh memberi sumbangan kepada PSK dalam bentuk tunai ataupun barangan berdasarkan kategori yang disediakan dalam borang permohonan sumbangan.