My Corporate Care adalah platform yang dipercayai untuk menghubungkan para penderma dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang berdaftar di Malaysia.

PSK yang disenaraikan di laman web kami adalah organisasi sah, tulen dan dipercayai yang dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

My Corporate Care merupakan portal yang menyediakan pangkalan data dan maklumat mengenai kedua-dua benefisiari dan penderma, kami menggalakkan ahli sektor korporat untuk berkomunikasi dan mendaftar secara dalam talian dengan kami.